Helo viewers and follower am AMWAY distributor so if you anything want to order wana join us , you can mail me
My Email-ID = senthamaraikothandan@gmail.com
Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan diri semasa berkebun .
Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:
Baju T' shirt dan seluar panjang
Kasut sukan dan bersarung kaki
Kasut but getah
Sarung tangan
Topi bulat
2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:
Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.
Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.
Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.
Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput, mengembur tanah atau meratakan tanah.
Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah.
Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.
Mengambil peralatan dari bilik stor .
Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah dan menyiram tanaman.
Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah, mengumpul sampah dan meratakan tanah.
Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga.Guru sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan racun perosak.
3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar:
Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan .
Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.
Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.
Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.
Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.
Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar tangan.
Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran.
Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.
Peralatan yang digunakan oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran menanan pokok jagung dan kacang bendi adalah seperti berikut:
1.PENYIRAM AIR
Penyirammerupakan sejenis bekas untuk mengisi air dan menyiram pokok dan tumbuhan termasuk tanaman sayur-sayuran.
Penyiram mudah diangkat oleh pelajar dengan cara mengisi air sendiri dan menyiram tanaman pokok jagung dan kacang bendi di kebun sekolah.( lihat gambar foto)
Penyiram jenis plastik adalah ringgan digunakan oleh pelajar dan tidak mudah rosak, walaupun jatuh.
Bekas penyiram digunakan untuk menyiram air baja supaya menyuburkan tanaman sayuran di kebun .
Pelajar sedang menyiram tanaman bendi di kebun dengan menggunakan penyiram. Tiga orang pelajar sedang menyiram air di kebun untuk tanaman bendi. Pokok bendi memerlukan air yang banyak untuk cepat membesar.Memandangkan pada bulan september hujan pada waktu pagi dan petang telah membantu mempercepatkan pembesaran pokok bendi di kebun sekolah .
2 . SEKATEUR
Sekateur merupakan alat untuk mengemas dahan tanaman dan mencantas dahan tanaman yang layu.
Seketeur telah digunakan untuk memotong dahan pokok bendi yang tidak diperlukan. Dahan pokok bendi yang layu atau semak dipotong menggunkan alat ini. Kerja-kerja membuang dahan batang bendi dilakukan oleh pelajar dengan diawasi oleh guru.
3. SUDIP TANGAN
Sudip tangan dipegang dengan tangan untuk menggali lubang supaya menanam biji benih dan memindahkan anak benih. Sudip tangan juga digunakan untuk mencampurkan tanah dan bahan -bahan organik seperti baja untuk tanaman bendi .
Pelajar ini sedang menggemburkan tanah dengan menggunakan sudip tangan sambil duduk. Sudip tangan mudah digunakan dan senang untuk dipegang kerana ia adalah ringgan dan selamat digunakan pelajar
4. PENCAKAR TANGAN
Pencakar tangan digunakan untuk mengembur dan meratakan tanah. Peralatan ini juga digunakan untuk mengumpulkan rumput dan daun kering di atas batas. Di samping itu, pencakar tangan digunakan untuk mengaduk tanah yang padat serta mencungkil batu-batuan. Pencakar tangan amat mudah digunakan oleh pelajar . Pencakar tangan diperbuat daripada besi dan plastik dalam pelbagai saiz mata yang panjang dan pendek.
VIDEO 1
Pelajar dalam video menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah.
VIDEO 2
Pelajar masih menggunakan peralatan yang sama bagi memecahkan tanah sambil mengembur tanah untuk membuat batas
VIDEO 3
Pelajar -pelajar dalam video sedang mengumpulkan daun-daun yang kering sambil menggemburkan tanah sebagai persediaan menanam bendi
5 . CANGKUL
Cangkul digunakan untuk menggembur dan memecah tanah.Digunakan untuk menggali lubang dan meratakan tanah.Cangkul digunakan untuk kerja menggali tanah dan kerja ringan di kebun.Cangkul digunakan untuk membuat batas serta lubang menanam biji benih tanaman sayuran .Kebiasaannya guru yang menggunakan cangkul untuk membuat batas dan memecahkan tanah
6 . KERETA SORONG
Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah, bahan organik dan kompos.Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah dengan bilangan banyak ke kawasan kebun semasa membaja tanah .kereta sorong ditolak oleh pelajar yang lasak dengan menggunakan tenaga yang banyak.
7 . SERAMPANG TANGAN
Serampang tangan untuk merumput dan menggemburkan tanah. Serampang tangan terdapat pelbagai saiz dan warna serta diperbuat daripada besi dan plastik.Serampang tangan mudah untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan merumput sambil duduk.
Kemahiran Hidup Perkebunan Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kampung Jawa Klang
Hasil tanaman jagung di kebun sekolah yang diusahakan oleh pelajar Pada bulan Januari hingga April 2012
Hasil tanaman bendi yang diusahakan oleh pelajar pada bulan September hingga November 2012
Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen kemahiran hidup bagi program integrasi bermasalah pembelajaran di Sek Men Keb Kampung Jawa.
Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan.
Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui perkebunan merupakan satu persedian dengan kemahiran asas dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan sempurna dan lebih berkeyakinan.
Kemahiran hidup perkebunan dijalankan dua kali seminggu ,iaitu pada hari selasa dan jumaat selama 1 jam 30 minit.
Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru.
Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunan disampikan kepada pelajar-pelajar di bawah Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran .
Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan pada tahun 2012 melalui kemahiran perkebunan melibatkan penanaman dua jenis tanaman, iaitu pokok jagung dan pokok kacang bendi .
Pengajaran dan pembelajaran menanan jagung dan kacang bendi melibatkan semua pelajar dari kumpulan A sehingga kumpulan F.
Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas perkebunan yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan berkebun .
Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah (PMR) , kategori ( bermasalah pembelajaran ) diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-sekolah Vakosional Malaysia .
Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perkebunan adalah fleksibel untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai tahap keupayaan supaya mencapai kehidupan bermakna .