Powered by Blogger.
RSS

RESEPI BENDI

Sesiapa yang berminat untuk masak sayur bendi boleh mencuba resipi ini.

 
bendi goreng telur
BAHAN-BAHAN:
  • 10 - 20 biji bendi

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil udang kering ( ditumbuk)

  • 2 biji cili merah ( dihiris)

  • 2 ulas bawang putih ( dihiris)

  • 1 sudu sos tiram

  • sedikit garam
 
 CARA PENYEDIAN:
  •  tumis bahan hiris  hingga layu dan wangi

  • kemudian masukkan soso tiram dan sayur bendi

  • pecahkan telur di dalam kuali yang mengandungi bendi, kacau telur menjadi hancur

  • goreng sayur bendi hingga layu

  • semasa menggoreng bendi jangan masukkan air kerana ia akan berlendir
 
 
 
 
  kari kepala ikan dengan bendi
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ketul kepala ikan Jenahak ( dibelah dua )

  • 6 sudu rempar kari ikan

  • 1 labu bawang merah ( dihiris nipis)

  • 6 ulas bawang merah (tumbuk)

  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk)

  • halia ( tumbuk)

  • 8 biji bendi

  • 2 biji tomato

  • daun kari

  • air asam jawa

CARA PENYEDIAN:
  • tumiskan bawang besar, daun kari, bawang putih dan halia hingga wangi

  • masukkan rempah kari ikan

  • masukkan air asam jawa dan kacau

  • masukkaan ar secukup, garam dan reneh sehingga kari pekat

  • kemudian ,masukkan bendi dan tomato ,kacau sekejap  serta tutup api
  •  
     



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI BERSAMA PELAJAR

   Sehari bersama pelajar di kebun jagung

 
 
 
Pelajar sedang mengutip hasil jagung dari kebun
 
 
 
 
Pelajar mengopek kulit luar jagung secara beramai-ramai untuk membakar jagun
g



              Seorang pelajar lelaki menunjukkan minat  untuk mengopek kulit jagung 


 
 
Pelajar- pelajar diberi arahan sebelum memungut hasil tanaman jagung
 
 
 
Pelajar -pelajar sedang berkumpul untuk  membakar jagung
 


Pelajar sedang membakar jagung yang diperolehi dari kebun
 

Jagung yang telah dibakar di berikan kepada pelajar untuk makan bersama
 
 
Pelajar makan bersama jagung yang telah dibakar sebagai ganjaran hasil usaha di kebun selama tiga bulan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LANGKAH -LANGKAH MENANAM BENDI

          Prosedur menanam pokok bendi serta penjagaan

2 orang pelajar mengemburkan tanah dengan pencakar tangan sebelum membuat      batas untuk menanam bendi


pelajar ini sedang mengumpulkan daun dan meratakan dan padatkan tanah di sekeliling anak bendi

  
      3 orang pelajar sedang menyiram anak pokok bendi pada waktu pagi

                        
  pokok bendi telah tumbuh besar dalam masa tiga bulan  
  
                          
  pokok bendi telah mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan

Hasil tanaman bendi
 
 
 

     Pokok bendi mengeluarkan bunga berwarna kuning bersama bendi


  1. Biji benih bendi  telah disemai di dalam beg politena terlebih dahulu.
  2. Membuat batas untuk menanam anak pokok bendi dan jagung.
  3. Menyiram air setiap batas  untuk melembapkan tanah.
  4. Membuat lubang sebesar cawan di atas batas.
  5. Mengubah anak benih bendi menggunakan penyodok dan dimasukkan ke dalam lubang yang telah dibuat di atas batas .
  6. Rata dan padatkan tanah di sekeliling anak bendi .
  7. Siram anak bendi  perlahan menggunakan penyiram ( lihat gambar)
  8. Mencabut rumput di kawasan pokok bendi .
  9. Menggemburkan tanah di sekeliling pokok bendi .
  10. Menyiram pokok bendi   pada  waktu pagi.
  11. Mencantas dahan pokok yang tidak diperlukan .
  12. Menyembur racun perososk 2 minggu sekali.
  13. Apabila hasil tanaman cukup matang boleh dipetik.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AMALAN KESELAMATAN KEBUN


Langkah keselamatan

 

1. Keselamatan diri:

  • Guru telah menyampaikan pengajaran  tentang langkah-langkah keselamatan diri semasa berkebun .

  • Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:

  • Baju T' shirt dan seluar panjang

  • Kasut sukan dan bersarung kaki

  • Kasut but getah

  • Sarung tangan

  • Topi bulat

2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:

  •  Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.

  •  Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.

  •  Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

  •  Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput, mengembur tanah atau meratakan tanah.

  • Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah.

  • Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.

  • Mengambil peralatan dari bilik stor .

  • Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah dan menyiram tanaman.

  • Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah, mengumpul sampah dan meratakan tanah.

  • Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga.Guru sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan racun perosak.

3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar:

  • Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan .

  • Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.

  • Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.

  • Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.

  • Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.

  • Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar tangan.

  • Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran.

  • Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.

  • Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

                                                        

                                      














                                              TOPI KESELAMATAN






              

SARUNG TANGAN





                                         










                                                                 KASUT BUT BERGETAH

   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN-BAHAN BERKEBUN


Bahan-bahan keperluan menanam pokok jagung dan sayur bendi


 1. BIJI BENIH JAGUNG


 

  • Biji benih jagung telah dibeli dari kedai dan memilih biji benih yang elok untuk ditanam di kebun.
  • Biji benih jagung yang baik terdiri daripada jenis jagung yang bermutu.
  • Biji jagung dikeringkan didahulu sebelum ditanam.




2 .    BIJI BENIH BENDI

  • Biji benih bendi dibeli dari kedai .
  • Biji benih yang terpilih dari segi saiz dan warna yang elok sahaja ditanam di kebun.
  • Biji benih bendi yang baik terdiri daripada bendi tua yang dikeringkan di pokok.
  • Setelah dipetik bendi tua yang telah kering dijadikan sebagai biji benih bendi untuk disemai di tapak semaian.

     3 . TANAH LOAM


                                   
  • Tanah loam merupakan tanah berwarna hitam yang digunakan untuk tanaman sayur-sayuran .
  • Tanah loam mengandungi galian yang amat penting untuk pertumbuhan tanaman subur.
  • Tanah loam telah digunakan sebagai medium tanah yang utama di kebun untuk
  • menanam pokok jagung dan pokok bendi.

4. TANAH CAMPURAN PASIR



  • Tanah campuran pasir merupakan medium tanah yang kedua penting tanaman sayur-sayuran . 
  • Penambahan campuran pasir penting sebagai tambahan mineral untuk tanah sebelum menanam pokok jagung mahupun bendi.

5 . BAJA TANAMAN

  • Baja tanaman amat sesuai untuk pokok jagung dan juga tanaman sayur seperti bendi .
  • Baja digunakan untuk pertumbuhan tanaman subur dan memperolehi hasil tanaman yang baik dan bermutu.

6 . PLASTIK POLITENA



  • Beg politena digunakan untuk menanam anak benih pokok jagung dan kacang bendi dari tapak semaian .
  • Beg politena amat sesuai menanam anak pokok sehingga membesar 7 cm , sebelum ditanam di batas .


7 . BAHAN ORGANIK


                                      
  • Bahan organik merupakan tanah campuran baja yang amat sesuai untuk tanaman jagung dan bendi.
  • Bahan organik kelihatan seperti tanah.
  • Bahan organik dicampurkan bersama tanah loam dan tanah campuran pasir di setiap batas tanah sebelum menanam anak benih .

8 . RACUN PEROSAK DAUN





  • Racun perosak digunakan untuk menyembur pada daun tanaman supaya tidak ada serangga yang makan daun dan hasil tanaman (jagung & bendi).
  • Racun perosak serangga dicampurkan dalam air dan disembur pada daun bendi 2 minggu sekali.
  • Guru akan mengawasi pelajar apabila menggunakan racun perosak tersebut.


9 .  BAKUL MENGUTIP HASIL

  
  • Bakul ini digunakan untuk mengutip hasil tanaman seperti jagung .
  • Bakul ini, mudah diangkat pelajar semasa mengutip hasil jagung dan dimasukkan ke dalam bakul supaya tidak tercicir atau jatuh.
  • Pelajar berasa selesa mengangkat bakul tersebut dan berasa bangga mengutip hasil tanaman . 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERALATAN KEBUN DAN KEGUNAAN


Peralatan yang digunakan oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran menanan pokok jagung dan kacang bendi adalah seperti berikut:



   1.PENYIRAM AIR 


Penyiram merupakan sejenis bekas untuk mengisi air dan menyiram pokok dan tumbuhan termasuk tanaman sayur-sayuran. Penyiram mudah diangkat oleh pelajar dengan cara mengisi air sendiri dan menyiram tanaman pokok jagung dan kacang bendi  di kebun sekolah.( lihat gambar foto) Penyiram jenis plastik adalah ringgan digunakan oleh pelajar  dan tidak mudah rosak, walaupun jatuh. Bekas penyiram digunakan untuk menyiram air baja supaya menyuburkan tanaman sayuran di kebun .



Pelajar sedang menyiram tanaman bendi  di kebun dengan menggunakan penyiram. Tiga orang pelajar sedang  menyiram air di kebun untuk tanaman bendi. Pokok bendi memerlukan air yang banyak untuk cepat membesar.Memandangkan pada bulan september hujan pada waktu pagi dan petang telah membantu mempercepatkan pembesaran pokok bendi di kebun sekolah .



    2 . SEKATEUR                                           



      
Sekateur merupakan alat untuk mengemas dahan tanaman dan mencantas dahan tanaman yang layu. Seketeur telah digunakan untuk memotong dahan pokok bendi yang tidak diperlukan. Dahan pokok bendi yang layu atau semak dipotong menggunkan alat ini. Kerja-kerja membuang dahan batang bendi dilakukan oleh pelajar dengan diawasi oleh guru.

  

      3. SUDIP TANGAN                      



Sudip tangan dipegang dengan tangan untuk menggali lubang supaya menanam biji benih dan memindahkan anak benih. Sudip tangan juga digunakan untuk mencampurkan tanah dan bahan -bahan organik seperti baja untuk tanaman bendi .



Pelajar ini sedang menggemburkan tanah dengan menggunakan sudip tangan sambil duduk. Sudip tangan mudah digunakan dan senang untuk dipegang kerana ia adalah ringgan dan selamat digunakan pelajar 


    4. PENCAKAR   TANGAN                                                     

 

Pencakar tangan digunakan untuk mengembur dan meratakan tanah. Peralatan ini juga digunakan untuk mengumpulkan rumput dan daun kering di atas batas. Di samping itu, pencakar tangan digunakan untuk mengaduk tanah yang padat serta mencungkil batu-batuan. Pencakar tangan amat mudah digunakan oleh pelajar . Pencakar tangan diperbuat daripada besi dan plastik dalam pelbagai saiz mata yang panjang dan pendek.

                                                              
                                                                      VIDEO 1



         Pelajar dalam video menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah.

                                                                     

    VIDEO 2


Pelajar masih menggunakan peralatan yang sama bagi memecahkan tanah sambil mengembur tanah untuk membuat batas




                                                                        VIDEO 3


Pelajar -pelajar dalam video sedang mengumpulkan daun-daun yang kering sambil menggemburkan tanah sebagai persediaan menanam bendi


     5 . CANGKUL



    Cangkul digunakan untuk menggembur dan memecah tanah.Digunakan untuk menggali lubang dan meratakan tanah.Cangkul digunakan untuk kerja menggali tanah dan kerja ringan di kebun.Cangkul digunakan untuk membuat batas serta lubang menanam biji benih tanaman sayuran .Kebiasaannya guru yang menggunakan cangkul untuk membuat batas dan memecahkan tanah



    6 .  KERETA SORONG


    Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah, bahan organik dan kompos.Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah dengan bilangan banyak ke kawasan  kebun semasa membaja tanah .kereta sorong ditolak oleh pelajar yang lasak dengan menggunakan tenaga yang banyak.



    7 . SERAMPANG TANGAN



Serampang tangan untuk merumput dan menggemburkan tanah. Serampang tangan terdapat pelbagai saiz dan warna serta diperbuat daripada besi dan plastik.Serampang tangan mudah untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan merumput sambil duduk.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN

 Kemahiran Hidup Perkebunan Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kampung Jawa Klang 

 

 

Hasil tanaman jagung di kebun sekolah yang diusahakan oleh pelajar  Pada bulan Januari hingga April 2012

 


Hasil tanaman bendi yang diusahakan oleh pelajar pada bulan September hingga November 2012 

  • Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen kemahiran hidup bagi program integrasi bermasalah pembelajaran di Sek Men Keb Kampung Jawa.
  • Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan.
  • Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui perkebunan merupakan satu persedian dengan kemahiran asas dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan sempurna dan lebih berkeyakinan.
  • Kemahiran hidup perkebunan dijalankan dua kali seminggu ,iaitu pada hari selasa dan jumaat selama 1 jam 30 minit.
  • Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru.
  • Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunan disampikan kepada pelajar-pelajar di bawah Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran .
  •  Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan pada tahun 2012 melalui kemahiran perkebunan melibatkan penanaman dua jenis tanaman, iaitu pokok jagung dan pokok kacang bendi
  • Pengajaran dan pembelajaran menanan jagung   dan kacang bendi melibatkan semua pelajar dari kumpulan A sehingga kumpulan F.
  • Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas perkebunan yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan berkebun .
  • Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah (PMR) , kategori ( bermasalah pembelajaran ) diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-sekolah  Vakosional Malaysia .
  • Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 
  • Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perkebunan adalah fleksibel untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai tahap keupayaan supaya mencapai kehidupan bermakna .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS