Powered by Blogger.
RSS

PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN

 Kemahiran Hidup Perkebunan Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kampung Jawa Klang 

 

 

Hasil tanaman jagung di kebun sekolah yang diusahakan oleh pelajar  Pada bulan Januari hingga April 2012

 


Hasil tanaman bendi yang diusahakan oleh pelajar pada bulan September hingga November 2012 

  • Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen kemahiran hidup bagi program integrasi bermasalah pembelajaran di Sek Men Keb Kampung Jawa.
  • Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan.
  • Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui perkebunan merupakan satu persedian dengan kemahiran asas dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan sempurna dan lebih berkeyakinan.
  • Kemahiran hidup perkebunan dijalankan dua kali seminggu ,iaitu pada hari selasa dan jumaat selama 1 jam 30 minit.
  • Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru.
  • Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunan disampikan kepada pelajar-pelajar di bawah Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran .
  •  Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan pada tahun 2012 melalui kemahiran perkebunan melibatkan penanaman dua jenis tanaman, iaitu pokok jagung dan pokok kacang bendi
  • Pengajaran dan pembelajaran menanan jagung   dan kacang bendi melibatkan semua pelajar dari kumpulan A sehingga kumpulan F.
  • Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas perkebunan yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan berkebun .
  • Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah (PMR) , kategori ( bermasalah pembelajaran ) diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-sekolah  Vakosional Malaysia .
  • Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 
  • Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perkebunan adalah fleksibel untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai tahap keupayaan supaya mencapai kehidupan bermakna .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Anonymous said...

Hai teacher, a nice and useful blog.

Unknown said...

Aktiviti yang menyeronokkan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. tahniah cikgu

shahrul Hisham said...

Tahniah cikgu, usaha yang baik dan boleh diaplikasikan oleh murid setelah tamat persekolahan.
Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya...selamat maju jaya

Unknown said...

tahniah cikgu

Unknown said...

hi cikgu,...aktiviti dan hasil yang sangat mengkagumkan..saya nak belajar dari cikgu untuk ajar anak2 murid saya juga...boleh saya hubungi cikgu

Post a Comment